Skip to main content

MONSTER CYST PEMBUNUH NO 1 IMPIAN WANITA NAK DPT ANAK

APA TU CYST ?
Cyst ovari adalah seakan kantung kecil berisi cairan yang berkembang dalam ovari wanita. Kebanyakan cyst tidak merbahaya. Namun, Jika dibiarkan ianya dapat menimbulkan masalah, bermula dari rasa sakit ketika haid, cyst mula pecah, pendarahan, hingga penyakit serius, seperti terlilitnya batang ovari, gangguan kehamilan, kemandulan hingga menyebabkan terjadi kanser endometrium.

No automatic alt text available.



PERBEZAAN CYST DENGAN MIOMA

Cyst berbeza dengan mioma. Cyst berbentuk cairan, sedangkan mioma berbentuk ketulan keras (tumor). Cyst biasanya tumbuh dalam ovari wanita, manakala mioma pula pada dinding rahim wanita. Pada keadaan ini, seorang wanita mampu mengalami samada cyst dan juga Mioma dalam masa yang sama serentak.

JENIS-JENIS CYST OVARI

Cyst Corpus Luteum:
Jenis ini, adalah yang paling umum terjadi kepada kebanyakan wanita, biasanya tidak ada tanda dan berukuran 2-6 cm diameter.

Cyst hemorrhagic:
Timbulnya pendarahan dalam cyst. Tandanya adalah terasa senak dan perit di bahagian perut.

Cyst dermoid:
Jenis ini biasanya menyerang wanita berusia lebih muda dan dapat tumbuh besar (15 cm) dan berisi tidak hanya cairan, tapi juga lemak, jaringan tulang ataupun tulang rawan. Jenis ini dapat meradang dan menyebabkan posisi tube fallopio membelit.

Cyst Endometrium:
Disebut juga endometriosis. Jenis ini terjadi ketika jaringan lapisan rahim (endometrial) hadir dalam ovarium wanita. Biasanya berisi darah berwarna coklat, dan ukurannya berkisar antara 2 cm hingga 20 cm. ianya boleh menyerang wanita yang berusia sekitar 16-27, menimbulkan rasa sakit yang luar biasa ketika haid, dan mengganggu kesuburan.

Cyst denoma:
Cyst ini terjadi bila tumor terbentuk dari jaringan ovari. Tumor jenis ini biasanya berisi cairan dan berukuran sangat besar, bahkan sehingga 30cm atau lebih diameter.

Polycystic-appearing ovary:
Cyst kecil terbentuk disekeliling luar ovarium. terjadi pada wanita normal, mahupun pada wanita yang mengalami gangguan hormon endokrin.


Sindrom Polisistik Ovari (Polycystic Ovarian Syndrom – PCOS):
PCOS adalah dimana terdapat banyak Cyst dalam ovari. Hal ini terjadi kerana ovari mengeluarkan hormone androgen secara berlebihan, dan juga boleh berlaku disebabkan kerana factor genetic (keturunan).
.
PCOS memiliki tanda seperti bulu lebat tumbuh, wajah berjerawat, ataupun gangguan kitaran haid. Komplikasinya akan meningkat risiko penyakit jantung, kolestrol, Diabetes Mellitus tahap 2 mahupun tekanan darah tinggi sebagai akibat gangguan pada insulin. Selain itu juga dapat meningkatkan risiko kanser endometrium bila jarak antara tempoh datangnya haid sekitar/lebih 60 hari.

Penyakit PCOS ini, juga seringkali dikaitkan dengan kemandulan, meningkatnya risiko keguguran & komplikasi kehamilan, dan pendarahan di luar kitaran haid.


PENYEBAB CYST OVARI

Beberapa faktor risiko Cyst ovari terhadap wanita yang..
👉 Sejarah Cyst ovari terdahulu
👉 Kitaran haid tidak teratur
👉 perut buncit
👉 Haid diusia awal (11 tahun atau lebih muda)
👉 Susah untuk hamil
👉 pesakit hipotiroid
👉 penderita kanser payudara yang pernah menjalani kemoterapi (tamoxifen)


GEJALA DAN DIAGNOSIS CYST OVARI

Cyst ovari biasanya tidak menunjukkan tanda dan tidak mudah untuk dikesan melalui USG ketika pemeriksaan rutin kandungan. Namun, beberapa individu dapat mengalami gejala ini :

 Terasa senak di bahagian perut bawah atau sakit panggul yang timbul tenggelam dan tiba-tiba menusuk
 Kitaran haid tidak teratur
 perut bawah sering terasa penuh atau tertekan
 Pedih/sakit yang luar biasa ketika haid, bahkan terasa hingga ke pinggang belakang
 Pedih pinggul setelah latihan olahraga atau senggama
 Mual dan muntah
 Rasa pedih dan keluarnya darah dari vagina

Jadi.. ambil tahu keadaan kesihatan dan kesuburan korang. Jgn biarkan sampai melarat baru nak minta dirawat. Silap2 hari bulan impian memusnahkan niat ape pun tak dapat. So.. ikhtiarkan sebaiknya. Insya-Allah segalanya akan dipermudahkan.


No automatic alt text available.


Comments

Popular posts from this blog

CARA MUDAH GUNA OPK UTK TAHU WAKTU SUBUR

1) Start guna OPK selepas period OPK boleh digunakan seawal selepas abis period atau bergantung pada cycle period ( kitaran haid) atau bagi yg period x teratur / lupe kitaran haid, anda boleh start test OPK pada hari ke- 11 selepas 1st period (bergantung pada kitaran haid kita tiap2 bulan) Kenapa kena guna selepas period Kak Sarah? -Sebab OPK akan kesan peningkatan hormon LH dlm badan.. Hormon LH akan meningkat beberapa hari selepas period..Bila hormon LH meningkat, OPK akan jadi POSITIVE & telur yg matang (ovum) akan keluar dari kilangnya ( ovari) pada bila2 masa shj, so please ALERT & boleh start utk BERSAMA bagi yg merancang utk PREGNANT Bagi yg mempunyai kitaran haid yg teratur, boleh start test OPK bepandukan pada jadual di atas. 2) Regularkan waktu test OPK Waktu test OPK adalah diantara pukul 10am - 8pm.. Contohnya hari ni kita test OPK pada pukul 2.30pm, so esoknya kita test OPK dlm 2.30pm jugk..regularkan waktunya  Kenapa nk regularkan waktu test ye Kak Sarah?...

TIPS TRACE WAKTU SUBUR GUNA OPK

Ni adlh salah satu contoh Jadual OPK customer pada bulan October. Start test OPK seawal selepas abis period.. Seeloknya bila perlu start test OPK?  👉 Boleh test seawal selepas abis period atau based on cycle period masing2 ( cycle period - 16 hari = hari utk start test opk) atau bagi period yg tak regular/ xtau cycle period, boleh start test hari ke 11 selepas 1st period. Continue test OPK sehingga jumpa POSITIVE OPK (double line sama terang). Berdasarkan jadual ni, positive opk adlh pada CD 14 & 15.. pada waktu ni adlh high chances utk pregnant & boleh start bersama sbb hormon LH dh meningkat & telur (ovum) dh stand-by utk keluar dari sarang (ovari) utk mencari encik sperm & akn berlaku proses persenyawaan jika kedua2nya berjumpa.. CD 16 dipanggil DPO 1 (day past ovulation). Pada masa ni hormon LH dh drop semula menunjukkan telur dh pon keluar.. pada waktu ni masih boleh bersama bagi yg planning utk pregnant & peluang masih ada sbb ovum boleh bertah...

BILA WAKTU SUBUR WANITA?

Macam mana kita nk tahu waktu SUBUR? 1) Kita boleh tahu waktu subur dgn menggunakan OPK (Ovulation Predictor Kits). OPK akan kesan peningkatan hormon LH (Luteinizing Hormon) melalui urine kita. atau 2) Boleh guna SOMT (Saliva Ovulation Microscope Test). SOMT akan kesan peningkatan hormon estrogen dalam badan kita melalui air liur (saliva). 1) OPK (Ovualtion Predictor Kits) 2) SOMT (Saliva Ovulation Microscope Test) CARA KIRA CYCLE PERIOD Paling penting, kita perlu tahu cycle (kitaran) kita tiap2 bulan. Macam mana nk kira cycle period kita? Start kira dari hari pertama (1st) period bulan lepas sehingga period yg akan datangnya.. Tengok contoh kat bawah; - 1st period utk bulan Sept = 8hb - 1st period utk bulan Oct = 6hb -So, start kita dari 8hb - 5hb = 28 hari (cycle period / kitaran haid) - Cycle period setiap orang adlh berbeza bergantung pada hormon masing2. Normal cycle adlh diantara 28-30 hari. Namun ada yg cycle pendek, 25 hari shj ...